Wednesday, November 10, 2010

MEmbaca Secara Kritikal

Langkah-langkah Membaca Secara Kritikal.
  • Melihat seimbas.  Berikan perhatian kepada perkara-perkara yang berikut.
    -  Lihat tajuk-tajuk kecil dan dapatkan perkaitan (jika ada) diantara tajuk-tajuk tersebut.
    -  Amati seimbas rajah, peta, jadual, carta, radas,gambar dan sebagainya.
    -  Lihat soalan-soalan yang ada termasuk soalan-soalan dibahagian belakang sesuatu bab / tajuk utama.
    -  Catatkan sebarang persoalan (jika ada) yang timbul dalam fikiran pada sehelai kertas.
  • Baca pendahuluan dan kemudian baca bahagian kesimpulan / penutup.
  • Baca secara terperinci, ayat demi ayat, perenggan demi perenggan.  Terjemahkan setiap penjelasan dalam bentuk gambaran minda.
  • Jangan pindah perenggan selagi anda tidak memahami apa yang sedang dibaca. Perlahankan rentak bacaan anda apabila tiba dibahagian yang sukar.  Ulang baca beberapa kali sekiranya perlu.
  • Gariskan fakta-fakta penting.  Buatkan ringkasan kedalam nota peperiksaan anda.
  • 'Highlight' setiap kata kunci.
  • Gunakan kod warna misalnya warna kuning untuk nama orang, warna biru untuk tarikh dan sebagainya.
  • Yakinkan diri anda yang anda mampu menguasai bahan yang dibaca.
  • Setelah habis satu perenggan, tutup buku dan nota anda.  Fikirkan atau gambarkan semula apa yang telah anda baca. Setelah habis satu tajuk kecil, ambilkan sehelai kertas dan lakarkan kembali apa yang telah anda baca dalam bentuk peta minda atau peta konsep.

     

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...