Saturday, April 16, 2011

Koleksi mutiara kata

Assalammualaikum
"Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun
selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang
telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri."

". Kamu dapat menusukkan pisau pada seseorang, lalu mencabut pisau itu. Tetapi, tidak peduli berapa kali kamu meminta maaf, luka itu akan tetap ada. Dan, luka kerana kata – kata adalah sama buruknya dengan luka berdarah."
"Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka."
"Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya"
SABAR ADALAH KUNCI BAGIKU....biar apa pun kau lakukan aku tetap sabar..walaupun jauh disudut hati aku terlalu kesal dan sedikit kecewa..kau menjadi orang yang sangat pemarah ...kau semakin berubah....tapi aku yakin berkat kesabaran aku kau akan sedar jua ...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...